Saturday, December 21, 2013

One Foot Closer




Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih ada kesempatan dan ruang untuk ana menulis coretan ini setelah hampir 6 bulan meninggalkan dunia blogging. Ya! meninggalkan..tapi bukan sengaja, kerana urusan duniawi ini terkadang buat diri ana sendiri lalai dan hanyut. Apatah lagi dunia blogging yang sekelumat entah tiada siapa yang baca dan peduli. Mungkin juga kerana kerancakan dunia twitter mengatasi di tambah pula dengan kenaikan harga barangan yg meninggi #eh

Pintu Hati ana sudah di ketuk..



Dalam pada gundah gulana masuk clinical years ni, rupa-rupanya ada hikmah disebaliknya. Tidaklah Allah uji seseorang hamba itu tetapi agar dia kembali dekat kepada-Nya dan bermuhasabah diri jika ada kesilapan yang lampau. Hidup kita di dunia ini tidak lah lama seperti sabda Rasulullah SAW : 

“Umur umatku antara 60-70 tahun, hanya sedikit daripada mereka yang usianya lebih daripada itu.” (Riwayat Tarmizi) 

Lalu ana juga kehairanan dan terkadang bertanya kepada diri sendiri, kenapa begitu sibuk dengan dunia sedangkan ianya hanya sementara? Mengapa sering kali kita leka dan lalai mengejar sesuatu (harta, pangkat, wanita dan sebagainya) yang belum pasti kita miliki? Kita terlupa, tujuan hidup untuk akhirat bukan dunia.

"O my people, this worldly life is only [temporary] enjoyment, and indeed, the Hereafter - that is the home of [permanent] settlement."(40: 39)

Maka bertitik tolak dari situ ana tersedar bahawa tugas ana selepas ini akan menjadi lebih berat. Kerana kita tahu dan sedar tentang peningkatan lambakan jumlah doktor di pasaran kini tetapi dalam pada lambakan itu, kita terlupa sebenarnya kita masih lagi kekurangan doktor dan memerlukan lebih ramai doktor. ("Eh bukan dah ramai ke? Apesal kurang plak?", bisik si pembaca dalam hati kecilnya yang riang.) *Keh keh keh*

 Ya! kita sememangnya kekurangan doktor tapi doktor yang macam mana? Kita sebenarnya kekurangan doktor da'ie atau doktor mukmin atau dalam erti kata lain, "Doktor yang hebat tahap gabannya bukan hanya pada ilmu perubatan semata-mata tetapi mampu untuk mengubati kekosongan hati patient-patient nya." Chewahh.. Memang nampak vague tetapi itulah hakikatnya. Ana berharap dan berdoa kepada Allah supaya suatu hari nanti ana mampu menjadi doktor seperti definisi yang ana beri di atas. Ana tahu perjalanan untuk mengapai keredhaan Allah itu penuh liku tetapi InsyaAllah dengan pertolongan dan bimbingan dari-Nya, kita akan mampu mencapainya.

Wahai Sahabat.. 

Mari lah bersama-samaku.. 
kerana kita selama ini sering leka dan alpa..
mengejar sesuatu yang belum pasti 
Namun, masih belum terlambat untuk berubah..

Gapailah tanganku!

Dan marilah kita bergerak bersama-sama..
Dalam barisan yang teguh dan tersusun atur..
Mengorak langkah untuk mengapai Mardhotillah.
InsyaAllah :)

Daftar kata:

Ana - saya; aku; gua; dll
Mardhotillah - keredhaan Allah


p/s: Thanks for reading! ^_^

*Moga Allah permudahkan perjalanan ini*

6 comments:

Nurina Izzati said...

moga allah permudahkan perjalanan

bakal jenazah said...

saya teringat kata PU Rahmat kalau tak silap,'sekiranya kita menjadi doktor,jadilah doktor yang beriman'. ^-^

hyunieuna said...

Ya Allah terharu baca entri ni! rapat-rapatkan Sof! untuk Berjuang! Jyeah!

Chen Kings said...

Thanks for visiting my blog =D May your wishes come true!

junainah mohamed said...

Insya Allah. Semoga saudara berjaya menjadi seorang Daie seperti yang diimpikan :-)

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...