Saturday, October 1, 2011

Mencari sesuatu yang hilang ! ~



Assalamualaikum..

                   Jam menunjukkan tepat pukul 1 pagi namun tidakku hiraukan waktu tersebut . Jari-jemari yang rancak di atas papan kekunci membuatkan aku teruja seketika untuk meng"update" blog ini . Jikalau mengikutkan hati sudah tentu akan ku tinggalkan sahaja blog ini kesepian , tapi TIDAKK.. mana mungkin aku buat sebegitu . Nafasku terhenti seketika memikirkan alangkah indahnya hidup aku saat dan ketika ini , hanya menulis tanpa tekanan .Tidak ada soalan SGS yang perlu aku jawab , Tidak ada graf biochemistry yang perlu aku lukis , tidak ada lecture note anatomy yang perlu aku hafal , tidak ada buku guyton (physiology) untuk aku fahamkan , tidak ada nota-nota yang perlu aku salin semula dan pastinya tidak ada makhluk halus (microbes) yang perlu aku perhatikan . Yang ada hanya aku dan blog .

                  Angin malam menghembus lembut ke wajahku membuat aku sedikit tersengguk-sengguk keletihan .Hari- hari yang berlalu mengajar aku banyak perkara . Sebagaimana komander kesatria mengajarku tentang erti disiplin sambil menutur kata "Budak medik , budak baik.." (dengan nada sinis) . Aku tahu , seharusnya malam ini aku berehat untuk menggantikan sel-sel yang telah mati akibat aktiviti-aktiviti sepanjang minggu..tapi sekali lagi aku tegaskan...Tidakk! belum lagi.. masih banyak yang perlu aku bicarakan pada malam ini . Mungkin pada fikiran kalian "ape kena mamat nih..emo malam2 buta".. (ahhh !..pedulik kan semua itu.)

                 Hari yang berlalu sudah membuatkan aku sedikit cemas dengan keadaanku sekarang. Nota-Nota yang telahku catat sewaktu di dalam ruangan syarahan masih belum sempat aku sisipkan ke dalam neuron otakku. Kekadang syarahan yang diberi juga membuatkan aku sedikit bingung . Itu tidak lagi termasuk dengan nota-nota yang tidak sempat aku catatkan disebabkan kepantasan pensyarah berlumba menyempurnakan syarahannya. Begitu juga dengan sesi praktikal.. Ya , memang aku bergerak aktif sewaktu sesi praktikal dijalankan.. Namun , apabila aku ditugaskan untuk menyiapkan laporan makmal..aku tersentap seketika..hairan..hilang arah.. bingung..tentang cara-cara menyiapkannya. Lalu aku biarkan sahaja untuk aku siapkan laporan tersebut keesokkan harinya. (Harapan lah~)

               Tidak tahu dari mana perlu aku memulakan pembelajaran walhal nota-notaku sudah bertimbun tidak terusik. Kata-kata dekan " You can sleep but do it with your eyes open" masih terngiang-ngiang dibenak fikiranku. Namun apakan daya terkadang terlelap jua sewaktu sesi syarahan akibat keletihan. Topik-topik baru muncul tanpa belas kasihan meninggalkan mereka yang hanyut terpinga-pinga dalam kegelapan. Itu termasuklah aku. Kesempitan waktu mula menghimpitku dari segenap ruang membuatkan aku sesak bersendirian.

                   Masalah-masalah yang timbul membuatkan aku mulai gugup. Tapi tidak mengapa.. kerana Allah bersamaku.. Itu yang aku sentiasa harapkan.. Kekadang aku jua lalai menyiapkan tugasan seharianku sehingga aku terlupa tanggungjawabku kepadaNya.. Aku terasa diri ini semakin hanyut dan jauh dariNya.. Mungkin juga kerana faktor itu membuatkan hatiku resah dan gelisah. Wahai hati janganlah kau terleka dengan hal dunia sehingga kau melupakan akhirat..jikalau tidak , inilah akibatnya!! sekarang barulah aku sedar.. rupa-rupanya telah jauh aku meninggalkanMu..Namun Kau masih ada disisiku..memberi peringatan demi peringatan supaya aku kembali mendekatiMu..Aku amat bersyukur Ya Allah dah aku mohon padaMu.. Kau kembalikanlah aku ke jalanMu.. Bimbinglah aku..Kuatkanlah aku untuk menghadapi kehidupan ini.. Amin Ya Rabbal Alamin !

Jam menunjukkan pukul 2 pagi.. cukuplah kiranya untuk aku berhenti disini . Mungkin akanku sambung di lain hari..(itu pun belum pasti!) . Yang pasti . bantal empukku sudah menanti.. hatiku pun sudah mula kembali tenang..inilah ketenangan yang ku cari..muhasabah di malam hari~

Selamat Malam kalian !~ (^_^)




Nota Kaki : Jangan kerana sibuk dalam menjalani kehidupan seharian menyebabkan kita lupa tanggungjawab kita di muka bumi ini. Marilah kita bersama-sama menjadikan hari ini sebagai titik permulaan untuk kita berubah menjadi insan yang lebih baik..InsyaAllah !

2 comments:

AtHiRah said...

Very interesting post.
Membuatkan kita muhasabah diri, adakah kita semakin jauh/ dekat dgn Allah setelah Allah beri kita nikmat & peluang.
Jazakillah, smoga terus utuh di atas jalan rahmat-Nya & berjuang utk agama-Nya. InsyaAllah ada keberkatan dalam setiap amalan kita.

In medical life,everday is a tough day BUT may the tough day makes you even tougher.

RaDiN said...

nice one.
memang tough sangat kan 3 minggu yang dah berlalu ni?
semoga,Allah sentiasa melindungi setiap daripada kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...