Friday, July 29, 2011

Entri Khas : Ihya Ramadhan




Assalamualaikum ,

Apa Khabar anda semua di luar sana? Harap-harap semuanya sihat-sihat belaka la yea. ha..kenapa? Oh , kenapa entri ini dalam bahasa melayu ? Itu persoalan anda..hmm..pertamanya, kerana ini entri khas..nampak tak dekat atas tu tulis entri khas...Justeru itu , makanya lain kali bacain dulu...jangan terus menyerbu gitu..hahaha..indon pulak..maaf , tersasul di situ.

Entri kali ini lebih istimewa kerana ianya bukan hanya dalam bahasa melayu tetapi ia juga tentang ihya ramadhan. "Apa tu ihya ramadhan?", kata si polan kepada rakannya sali . HAHA. (sengaja menggunakan nama sali sebab safee sali jaringkan gol semalam) . Okay , berbalik kepada ihya ramadhan . Ihya ramadhan maksudnya menghidupkan ramadhan. Seperti yang kalian semua ketahui bulan ramadhan bakal tiba tak lama lagi. Sudahkah anda semua bersedia untuk memasuki madrasah ramadhan? (jawab dalam hati , jangan nak jerit-jerit kat sini..haha)

Ramadhan kali ini sangat istimewa buat diri saya kerana buat julung kalinya , saya berpeluang untuk berpuasa penuh...krik3..("lah selama ni budak ni tak pernah puasa penuh ke? hampeh btol !!", getus seorang hamba Allah yang datang jenguk blog ni)..hey.. nanti dulu saya belum habis berbicara..tahun ni sangat istimewa sebab saya dapat puasa penuh sebulan di rumah...(oh , hang habaq la awal2..sekaliku tabuh kang..buat saspen je)..ampun yea jangan lah nak pukul-pukul orang macam tu..kitakan saudara sesama islam..chill bro~~

Sebelum meneruskan lagi perbincangan ini , saya ada masalah sikitlah dalam bahasa melayu (BM) ni..saya tak tahu lah nak guna "saya" atau "aku"...sebab kalau guna "saya" macam formal sangat pulak..kalau guna "aku"..nanti mula lah orang kata..("apew gnew akue2 nie...kuang aja btoi")..hai cik abang , bukan ke masa kita berdoa memohon dengan Allah , kita bahasakan diri kita "aku"..contohnya , "Ya Allah , aku banyak berdosa padaMu..maka Kau ampunilah aku..seseungguhnya aku hambaMu yang lemah"..jadi mulai dari sekarang aku nak bahasakan diriku ini "aku" dalam blog ni..Tak salah rasanya..sebab bukan merosakkan bahasa pun..memang ada dalam kamus dewan bahasa dan pustaka...tak percaya , cuba "check" sendiri.



Perkasakan Bahasa Ibunda !


“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa” (Al Baqarah:183)

Begitulah kewajipan berpuasa disyariatkan kepada kita selama sebulan di bulan ramadhan. Jadi adakah ramadhan pada kali ini kita akan biarkan sahaja tanpa membuat sebarang amal soleh dan memperbaiki diri..sesungguhnya amat rugilah orang-orang yang bersikap sedemikian. Alhamdulillah , Allah masih memberi peluang buat aku untuk bertemu sekali lagi dengan bulan ramadhan..mungkin itu pun masih belum pasti kerana hari ini baru 28 sya'ban..insyaAllah jika ada rezeki , akan bertemu juga dengan bulan ramadhan tak lama lagi.




Jadi selain puasa menahan nafsu lapar dan dahaga di siang hari dan solat sunat terawih di malam hari , apakah lagi amalan yang sangat elok kita lakukan bagi menghidupkan ramadhan ini?

Amalan-amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan ramadhan :-

1. bersedekah kepada fakir miskin.

2. memperbanyakkan berzikir.

3. tadarus Al-quran.

4.menghidupkan malam dengan qiamulail

5.memperbanyakkan amal ibadah di sepuluh malam terakhir ramadhan (Lailatul Qadar):

"Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. melakukan amalan-amalan sunat yang lain (Fikirlah sendiri! :D)

Akhir kata , marilah kita bersama-sama menghidupkan ramadhan kali ini kerana kita sendiri tidak mengetahui sama ada kita akan hidup lagi untuk ramadhan yang akan datang. Renung-renungkan dan selamat beramal~~~





P/s : Ya Allah , aku juga ingin berubah menjadi insan yang lebih baik , justeru Engkau berilah HidayahMu kepadaku~~


Nota Kaki I : Sudah tiba masanya blog ini mempunyai dwibahasa..bukan bahasa rojak yea..dwibahasa di sini bermaksud..."akan ada entri dalam bahasa melayu dan entri dalam bahasa Inggeris"..bahasa-bahasa lain seperti bahasa arab , bahasa cina , bahasa india , bahasa rusia dan sebagainya mungkin akan dipertimbangkan pada masa hadapan.


Nota Kaki II : Tidak kira apa bahasa sekalipun , kita tetap 1Malaysia (Konsep yang sememangnya ada sejak kita merdeka..obviously ! ) bukan 1Najib..bhahahaha (ketawa sopan)


Nota Kaki III : terima kasih , thank you , syukran , shei shei , shukhriya , gracias kerana sudi membaca entri di blog ini ! (^_^)

6 comments:

sam said...

selamat berpuasa! :)

wawa najwa said...

selamat berpuasa si budak taufiq . semoga Ramadhan kali ni membawa 1001 rahmat kpd kita :)

Ahmad Taufiq said...

selamat berpuasa buat cik sam dengan cik najwa sali juga~~ :DD

cik idora said...

dh follw blog taufiq.. hehe..

Mohammed Faizal said...

nice entry...macam tazkirah dah..ahlan ya Ramadhan.. selamat berpuasa

Mikhail M. said...

love dis post! XD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...